Keputeraan Artakhsyacah I

Artahsasta adalah putera ketiga Raja Khasyarasya dan Permaisuri Amestris,Nama baginda bermaksud "pemerintah (𐎧𐏁𐏂𐎶 xšaça) bererti (𐎠𐎼𐎫 r̥taʰ)".[5][2]

Baginda menggantikan takhta kakandanya Daryus dalam masalah pewarisan selepas kematian ayahanda mereka: Ktesias dalam Persiká 20 menceritakan Daryus dihukum mati atas dakwaan Artabanus bahawa Daryus telah membunuh ayahanda mereka sedangkan ia dilakukan Artabanus sendiri,[6] sedangkan Aristoteles dalam Politiká 5.1311b menceritakan bahawa Artabanus terus membunuh Daryus.[7][8]